Hikayat Mustafa Kamal Atartuk Yang Kufur
By Fazamania
*SEJARAH KAMAL ATARTUK*
Mustafa Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi).
Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang
bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam -Turki pada tahun 1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek
yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama
Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang
mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. .
Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama
Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah
menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan
Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang
berjudul al-Zi’bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah
menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. nenek moyangnya
adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.’
Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri
daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun
1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap.
Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam
bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):
Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian
daripada Nabi Israel.Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan
Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi
secara senyap-senyap.
Ketika Mustafa kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah
Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi
Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M),
beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan
ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah
ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.
Disini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan
agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau
telah mengigatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan
pemikiran dunia Islam.
Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada
menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:
a) *Menandatangani Perjanjian Luzan*
Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu
perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian
tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau
iaitu:
*Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan *
Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan
pejuang Islam dari bumi Turki
Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti
kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).
Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau
adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan system Khalifah
Islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan
pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan
secular ciptaan barat Kristian.
b) *Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat*
Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam
dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil
undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali,
undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang
dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian
Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam
system pemerintahan Turki.
c) *Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara*
Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang
melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan
itu, beliau ada menyebut “Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada
agama dalam politik” Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan
fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahnya.
Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya
agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup
manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah,
syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan
politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi.
Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga
perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga,
belajar, bersukan dan lain-lain lagi.
d) *Azan Dalam Bahasa Turki*
Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau mengeluarkan
perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam
bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki.
Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab
sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu
sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh
digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa
memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu
dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap
melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari
di ketahui oleh pihak berkuasa.
e) *Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki*
Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan
dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna
tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam
bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan
satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan
sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain
bahasa Arab.
f) *Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat*.
Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam
yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mendedahkan
aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita
barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan dipaksa memakai
topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama
kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka
seolah-olah oran barat.
g) *Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad*
Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari
Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan
cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negeri-negeri barat
Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau
ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang
tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru
gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada
kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian
lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari
Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan mengguna cuti hari Ahad dan
mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.
Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh
Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki.
Perubahan-perubahan negatif yang disebut di atas itu kemudiannya
disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya
jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati
sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga
mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.
Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakan beliau sedemikian rupa
adakah boleh dianggap sebagai penyelamat umat Islam Turki? Atau sebagai
bapa Turki moden? Bagi penulis dengan melihat kepada perubahan-perubahan
yang dilakukan itu bolehlah dikatakan beliau adalah anak didik barat,
seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada agama Islam serta
seorang yang kuat menentang syariat yang dibawa oleh Rasullah S.A.W
secara terang-terangan.
*Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan*
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada
beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan
dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa
gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa
diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di
dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau
menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana
tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab
telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938,
beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas
itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan
akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun
yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau
datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak
ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana
tanah tidak menerimanya).
Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke
dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama
15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam
semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis
ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan
marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa
yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah
mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak
menerima Kamal Atartuk!
Inilah hikayat Mustafa Kamal Atartuk yang membelakangi Islam dan Allah!